KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) daripada RM2.46 bilion pada 2021 kepada RM2.65 bilion pada 2022.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin berkata pembukaan sempadan itu membolehkan kegiatan ekonomi negara kembali rancak termasuk aktiviti perniagaan dan pelaburan TH.
Menurut Muhammad Iqmal Hisham, faktor lain yang mendorong kepada peningkatan keuntungan sebanyak tujuh peratus itu termasuk penanggungan kos operasi haji pada 2022 yang lebih rendah berikutan jumlah kuota haji pada tahun itu adalah sekitar 15,000 orang.
"Walaupun tujuan asal penubuhan TH adalah untuk menyediakan medium tabungan dan pengurusan haji, masyarakat Islam di sini telah mempunyai kepercayaan bahawa TH juga merupakan satu platform bagi mereka untuk melabur dan mendapatkan pulangan yang kompetitif," katanya kepada Bernama.
Katanya, kadar agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus ditawarkan TH pada 2022 juga adalah kompetitif dan lebih baik berbanding pulangan dividen simpanan di bank-bank Islam pada purata 2.34 peratus.
Muhammad Iqmal Hisham juga mencadangkan supaya TH lebih giat meneroka pelbagai peluang perniagaan dalam sektor lebih mampan dan berdaya saing yang boleh memberikan pulangan baik.
"Untuk mencapai hal ini, pengurusan TH perlu mempunyai kepakaran dalam pelaburan dan perniagaan. Hala tuju dan peranan TH juga perlu lebih meluas dengan membantu mengembangkan ekonomi ummah daripada hanya bertumpu semata-mata kepada urusan ibadah haji," katanya.
Sementara itu, Rafida Mohd Ithnin, 48, peniaga yang juga pendeposit berharap, kadar agihan keuntungan akan terus meningkat setiap tahun, mengambil kira jumlah pendeposit TH yang ramai berbanding bank-bank Islam lain.
Seorang lagi pendeposit yang juga kakitangan swasta, Aizat Hanafi, 24, berkata dia menggunakan platform TH itu sebagai pelaburan simpanan peribadi dan berharap berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji melalui agensi itu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengumumkan agihan keuntungan TH pada 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022.
Beliau berkata agihan keuntungan berkenaan melibatkan jumlah sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengumumkan agihan keuntungan TH pada 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Pos Laju jangka urus 250 tan bagasi jemaah haji tahun ini
Anggaran bagasi itu akan meyantuni lebih daripada 11 juta alamat.
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Buat kali pertama, TH guna Content Delivery Network atau 'cloud' ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
TH sentiasa ingatkan jemaah haji patuhi peraturan baharu kerajaan Arab Saudi
Patuhi setiap peraturan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah, pesan Menteri Agama.